Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
-->

Recent Posts

Powered by Blogger.

Saturday, August 16, 2014

TEVT harus jadi pilihan utama pelajar

Johor Bahru -16 Ogos

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penubuhan Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) yang menawarkan pelbagai bidang pengajian teknikal dan vokasional pada peringkat diploma dan ijazah pertama dilihat tepat pada masanya.
Menurutnya, MTUN terdiri daripada gabungan Universiti Teknologi Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
"Laluan ini juga adalah antara usaha Kementerian Pendidikan untuk meningkatkan kesesuaian kursus yang dipelajari dengan kehendak industri dan diharap dapat meningkatkan lagi peluang pekerjaan," katanya semasa menutup Karnival Pengajian Tinggi Negara Ke-10 yang bertemakan '1Malaysia: Pendidikan Untuk Semua' di Dataran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, di sini hari ini.
Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Naib Canselor UTM, Prof. Dr. Ir. Wahid Omar.
Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, peluang para lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) terbuka luas berikutan langkah kerajaan mewujudkan pelbagai institusi yang memberi fokus dalam bidang akademik dan kemahiran.
Beliau berkata, laluan pendidikan teknikal dan vokasional tersebut merupakan antara usaha Kementerian Pendidikan meningkatkan kesesuaian kursus yang dipelajari dengan kehendak dan keperluan industri negara.
"Saya percaya perkembangan ini bukan sahaja menyambut aspirasi kementerian dan negara untuk mengarus perdana dan meluaskan akses kepada pendidikan teknikal dan latihan vokasional, malah yang lebih penting dapat menambah bilangan tenaga kerja berkemahiran tinggi bertujuan meningkatkan 'high skill, high income' (kemahiran tinggi, pendapatan tinggi) dalam kalangan graduan.
"Sehubungan itu saya mengesyorkan dan menggalakkan para lepasan SPM dan setaraf mengambil peluang melanjutkan pengajian dalam bidang pendidikan teknikal dan latihan vokasional di MTUN dan tiga politeknik premier iaitu Politeknik Ungku Omar (PUO), Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) dan Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) yang kesemuanya setanding dengan syarat kemasukan ke IPTA," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20140817/pe_01/TEVT-harus-jadi-pilihan-utama-pelajar#ixzz3Ac8eVSfj
© Utusan Melayu (M) Bhd 

0 comments:

Post a Comment