Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
-->

Recent Posts

Powered by Blogger.

Wednesday, August 31, 2016

Tahniah Pasukan Bola Baling SK Kota Masai

Pasukan Bola Baling SKKM telah berjaya menjadi Johan Keseluruhan Kejohanan Bola Baling Bawah 11 Tahun MSSD Pasir Gudang yang diadakan pada 26-27 Ogos 2016 di Padang SK Kg Pasir Putih. Pasukan perempuan telah berjaya menjadi johan setelah mengalahkan SK Felda Ulu Tebrau dan pasukan lelaki telah tewas kepada SK Masai di pusingan akhir dan menjadi naib johan. Tahniah kepada semua jurulatih dan pemain yang terlibat.

Read More »

Mesyuarat Kejohanan Balapan & Padang dan Mesyuarat Solat Hajat Perdana

Selasa, 30.8.2016. Mesyuarat kali pertama Kejohanan Balapan dan Padang 2016 telah diadakan bagi memaklumkan senarai nama ahli jawatankuasa serta tugas-tugas yang perlu dilaksanakan. Mesyuarat turut disambung dengan agihan tugas bagi program Solat Hajat Perdana yang akan diadakan pada hari Khamis, 1 September 2016.

Read More »

Sunday, August 21, 2016

Program Restu Ilmu Bersama Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang

Ahad, 21 Ogos 2016. Program Restu Ilmu Calon UPSR bersama Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang Tuan Haji Jasni Bin Omar

Read More »

Tuesday, August 16, 2016

Guru Baru 2016

Selamat datang diucapkan kepada 15 orang guru baru yang akan memulakan kerjaya sebagai pendidik di SK Kota Masai.

Read More »

Sambutan Bulan Kemerdekaan SK Kota Masai 2016

Isnin, 15 Ogos 2016. Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah Kebangsaan Kota Masai yang dirasmikan oleh Tuan Guru Besar, Tuan Haji Kamaruddin B. Abu Hassan. Majlis ini berlangsung dengan meriah kerana para guru serta pihak pentadbir memakai pakaian seperti zaman sebelum merdeka dan warga SKKM juga dihidangkan ubi rebus sebagai gimik memperingati zaman kesusahan ketika di zaman pemerintahan Jepun.

Read More »

Sunday, August 14, 2016

Program Jalinan Kasih Ambang UPSR 2016

Pada tarikh 14 Ogos 2016 telah diadakan  Program Jalinan Kasih Ambang UPSR bersama Corporate Social Responsibility (CSR) Lembaga Pelabuhan Johor di dewan SK Taman Nusa Damai, Pasir Gudang. Program ini melibatkan 7 buah sekolah di sekitar Pasir Gudang iaitu SK Kota Masai, SK Kota Masai 2, SK Taman Cendana, SK Masai, SK Taman Rinting 2, SK Nusa Damai dan SK Cahaya Baru.

Read More »

Perhimpunan Rasmi Mingguan

14 Ogos 2016, Ahad. Perhimpunan kali ini turut disertai dengan Majlis Penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dalam Peperiksaan Percubaan UPSR,  Anugerah Keceriaan Kelas serta penyerahan pingat kepada Pasukan Ragbi dan Bola Sepak SK Kota Masai.

Read More »

Mesyuarat Pengurusan Pengawal Keselamatan Dan Kebersihan

Mesyuarat Pengurusan Pengawal Keselamatan Dan Kebersihan
Tarikh   : 10 Ogos 2016
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Kota Masai



















Read More »