Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
-->

Recent Posts

Powered by Blogger.

Monday, July 25, 2016

Lawatan Pemantauan Bimbingan Program Penandaarasan NPQEL

Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) ialah program yang memberi pengalaman kepada peserta dalam memantapkan ilmu pengurusan dan kepimpinan pendidik. SK Kota Masai telah dipilih untuk menjadi sekolah penandaarasan bagi peserta NPQEL En. Mohd Arifin B. Mohamad Tab. Program ini diselia oleh Pensyarah dari Institut Aminuddin Baki, Che Zakiah Bt. Mohamad Salim.

Read More »

Kejohanan Ragbi B12 Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Johor

Pada tarikh 21-23 Julai 2016 telah berlangsung Kejohanan Ragbi B12 Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Johor di SMK Munshi Sulaiman, Batu Pahat. Pasukan daerah Pasir Gudang telah berjaya mengekalkan kejuaraan buat kali ketiga berturut-turut setelah menewaskan pasukan Johor Bahru pada perlawanan akhir. Murid SK Kota Masai Mohd Yusri Sadiq telah diumumkan sebagai pemain terbaik kejohanan.

Read More »

Kejohanan Bola Sepak Bawah 11 MSSD Pasir Gudang

Tahniah diucapkan kepada pasukan bola sepak bawah 11 SK Kota Masai yang telah berjaya menjadi Naib Johan pada Kejohanan Bola Sepak Bawah 11 MSSD Pasir Gudang. Kejohanan ini diadakan pada 23 Julai 2016 di SK Taman Rinting 1. Kejayaan ini melayakkan pasukan SK Kota Masai untuk menjadi wakil daerah Pasir Gudang ke Kejohanan Bola Sepak Bawah 11 Bank Rakyat yang akan diadakan pada 10-11 Ogos 2016 nanti.

Read More »

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat SK Kota Masai telah diadakan pada 21 Julai 2016. Suasana sambutan pada hari tersebut bertambah meriah dengan seluruh warga SK Kota Masai memakai baju melayu dan dan baju kurung. Murid-murid juga turut membawa makanan untuk dimakan bersama-sama rakan semasa jamuan.

Read More »

MSSD Ragbi B12 Pasir Gudang

Tahniah diucapkan kepada pasukan ragbi SK Kota Masai yang telah berjaya menjadi Johan MSSD Ragbi B12 Pasir Gudang. Kejohanan ini telah berlangsung pada 12-13 Julai 2016 di SK Taman Johor Jaya 1. Seramai 3 orang pemain dari SK Kota Masai telah dipilih untuk mewakili Daerah Pasir Gudang untuk Kejohanan Ragbi MSSJ di Batu Pahat.

Read More »