Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat SK Kota Masai telah diadakan pada 21 Julai 2016. Suasana sambutan pada hari tersebut bertambah meriah dengan seluruh warga SK Kota Masai memakai baju melayu dan dan baju kurung. Murid-murid juga turut membawa makanan untuk dimakan bersama-sama rakan semasa jamuan.
Monday, July 25, 2016
Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah
Labels:
Info/Berita
MSSD Ragbi B12 Pasir Gudang
Tahniah diucapkan kepada pasukan ragbi SK Kota Masai yang telah berjaya menjadi Johan MSSD Ragbi B12 Pasir Gudang. Kejohanan ini telah berlangsung pada 12-13 Julai 2016 di SK Taman Johor Jaya 1. Seramai 3 orang pemain dari SK Kota Masai telah dipilih untuk mewakili Daerah Pasir Gudang untuk Kejohanan Ragbi MSSJ di Batu Pahat.
Labels:
Ko-kurikulum
Monday, June 27, 2016
Perjumpaan 1 Murid 1 Sukan
Perjumpaan 1M1S yang dijalankan kali ini hanya bertumpu kepada pendedahan murid terhadap teori-teori sukan merangkumi syarat serta peraturan penganjuran penrtandingan.
Read More »
Labels:
Ko-kurikulum
Saturday, June 25, 2016
Perhimpunan Mingguan - Ahad (26/6/2016)
Perhimpunan mingguan kali ini turut diselangi dengan upacara penyampaian hadiah bagi pasukan softbol SK Kota Masai yang telah berjaya mendapat ke-4 dlm Pertandingan Softbol MSSD Pasir Gudang. Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi Pertandingan Keceriaan Kelas dan hadiah kepada guru-guru yang menyambut hari lahir disepanjang bulan Januari hingga Jun.
Labels:
Info/Berita
Mesyuarat Hari Karnival dan Keusahawanan SKKM
Mesyuarat Khas Hari Karnival dan Keusahawanan SK Kota Masai yang telah diadakan pada hari Khamis (23 Jun 2016) yang melibatkan ketua-ketua AJK.
Read More »
Majlis Bacaan Yassin dan Kultum Mingguan
Majlis bacaan Yassin mingguan yang dilaksanakan pada setiap hari Khamis telah berlangsung dengan jayanya. Kemudian majlis disambung dengan penyampaian tazkirah Ramadhan oleh Ustaz Mohd Faizan B. Mat Jusoh
Read More »
Subscribe to:
Posts (Atom)


































